Thursday, May 21, 2009

Tulang rusuk yang paling atas dan bengkok

"Arafah" Cinta Kita

Dah lama betul aku tak update entry ni. Kali ni aku nak berkongsi dengan satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. Asalnya, aku dpt tahu ttg ini dari seorang pakcik yang aku kenal melalui kenalan yang pernah menolong aku dalam kesusahan. Aku byk terhutang budi dgn mereka. Pakcik ni baik orangnya, peramah. Hj Razali namanya...dari Serendah. Dia bagi msg yg berbunyi sama seperti hadis di bawah, kepada semua anak2nya dan aku juga. Mmg bermakna betul hadis ini bagi aku. Tapi ntah macam mana, aku boleh hilang msg tu. Lupa dah bagaimana hilangnya. Mungkin aku terpadam kot akibat inbox yang penuh sangat. Entah bagaimana, aku berminat dgn kisah Nabi Adam dah Hawa. Satu percintaan yang penuh suci, lahirnya di syurga dan sungguh agong mengalahkan semua kisah cinta di dunia ini. Kalahnya kisah Romeo and Juliet dr kisah mereka. Kalahnya kisah Uda dan Dara dari kisah mereka. Bila aku google kisah mereka, lalu aku terjumpa kisah ttg tulang yang paling atas dan paling bengkok. Rupanya datang dari sebuah hadis nabi kita...Muhammad s.a.w. Berikut ialah hadis tersebut yang aku katakan:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w. jagalah kaum wanita (dengan baik), sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang teratas, maka jikalau engkau berusaha meluruskannya engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkannya ia akan kekal bengkok, maka jagalah kaum wanita (dengan baik)”.

Wednesday, April 1, 2009

Blog seorang jurugambar yang poyo?

Yon Photography. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Sebenarnya ada sebab kenapa aku letak aku ni sebagai jurugambar yang poyo. Sebab aku nak mengaku yang aku ni poyo sebelum orang lain panggil aku poyo. Ye lah, orang lain jadi jurugambar, aku pun nak jadi jurugambar. Jadi, bila nanti ada orang panggil aku poyo...aku akan cakap mmg aku seorang yang poyo. Jadi, tak perlu lah aku nak berasa hati atau apa2 yang kaitan dengan hati. Hehe. Macam mana ntah aku leh terjebak dlm dunia fotografi ni? Biarlah aku sendiri ceritakan sebab yang tahu hanya lah aku dan Allah.

Semuanya bermula dengan seni. Aku minat pada seni sejak aku boleh pegang pensil rasanya. Lukisan pertama yang aku hasilkan ialah ubat nyamuk. Itu yang dapat aku korek cerita daripada mak aku, Maznah Hj Hashim. Aku masa kecil-kecil suka lukis bulat-bulat..sampai jadi bentuk ubat nyamuk, jika dipandang daripada atas. Hehe. Bila besar, rupanya memang aku ni minat seni lukisan rupanya. Waktu sekolah, aku ni suka melukis sampaikan banyak kali kantoi dengan cikgu sebab melukis waktu cikgu tengah mengajar kat depan. Aku peminat komik sebab banyak lukisan dlm tu. (dah kata komik, mestilah banyak lukisan kan).

Eh, apa kaitan lukisan, komik dengan fotografi. Ha'...kejap. Belum sampai kat situ lagi cerita ni. Ok, sambung semula. Aku banyak melukis komik dan flora masa sekolah dulu. Komik yang banyak aku beli, baca dan simpan ialah komik dari US kebanyakannya. Kalu komik dari Malaysia ni pulak, aku suka hasil kerja Tembakau. Kalu sesiapa yang hidup n baca komik zaman Ujang masih dalam komik Ujang tu...dan Lanun..mesti korang kenal Tembakau. Dia lah yang lukis cerita kisah cinta lama dia..'Kartini'. Aku minat giler dengan hasil keje dia...dengan jalan cerita dia. Aku masih simpan lagi..cuma sayang, helmet Magnum aku yang warna putih dan diautograf oleh Tembakau...hilang tanpa dapat dijejaki :(

Masa nak masuk tingkatan 4, aku nak amik subjek tambahan iaitu Pendidikan Seni. Aku pun minta la kebenaran dari mak ayah aku, tapi terus kena marah dengan ayah aku, Abu Bakar Zakaria. Tujuan aku amik subjek tu adalah untuk menolong aggregat SPM nanti dan yang paling utama adalah sebab aku minat. Tapi nampak gayanya ayah aku tak nak anaknya yang sulung ni, bakal jadi contoh pada adik-adik aku, menjadi seorang pelukis seniman jalanan. Jadi, aku pun dah tak ingat bilakah kali terakhir aku melukis. Mungkin sejak lepas aku berhenti mengumpul komik kot. Tapi aku masih lagi minat pada seni...dan aku menghargai seni. Ntah betul ke tak cara aku ni, aku suka tgk sebuah lukisan lama-lama. Bukan sebab tak faham apa yang disampaikan oleh pelukis tu, tapi aku mencari apa kaedah yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan sebuah lukisan beliau. Ok, itu cerita fasal seni.

Kali ni cerita kaitan dengan seni dan fotografi pula. Fotografi adalah salah satu cabang dalam seni. Sebab tu dipanggil Seni Fotografi. Betul tak? Sebabkan aku dah tak melukis lagi, aku gunakan lah kamera pula untuk menghasilkan sebuah gambar pula. Macam mana aku leh terjebak dgn kamera, sedangkan kamera dah wujud awal sebelum aku dilahirkan ke muka bumi ini. Walhal pula, masa kecil-kecil dulu aku lah yang paling liat nak bergambar. Memamg kalu aku belek semula album-album gambar lama, tak banyak gambar aku ada. Kalau ada pun samada secara tak sengaja (kandid) atau aku tgh tundukkan kepala sebab tak nak dikenali dalam gambar. Haha. Pelik kan? Tapi tak semestinya tak suka bergambar, tak suka amik gambar orang lain kan? Itu la aku, aku takdelah nak dgt bergambar, tapi suka amik gambar orang...sampai la sekarang ni. Selain dari tu, aku cuba nak berkongsi dengan sesuatu yang menarik dengan kawan-kawan dan orang lain. Tapi banyak kali lak bila aku tengok sesuatu tu indah sungguh, tapi takde kamera di sisi lak masa tu.

Selain dari tu, aku gunakan kamera ini sebagai sumber rezeki. Sebelum ni macam-macam jenis perniagaan dah aku cuba buat. Jual barang kereta potong, aksesori kerete, spare part proton n perodua, padlock, flashlight...secara online dan kat Downtown. Sampailah bila minyak kat Malaysia ni naik sampai RM0.70 seliter pada tahun 2008, aku berhenti meniaga di Downtown sebab tak larat nak menampung kos yang tinggi. Beberapa bulan selepas tu, aku pun mula bertanya-tanya pada jiran meniaga sebelah aku, Rahmat Hamid. Dia dan adik iparnya, Dboy memang dah lama buat fotografi ni. Selain meniaga di Downtown, mereka pun buat khidmat jurugambar. Dari mula bertanya, terus jadi minat. Dengan bermodalkan kamera dia lah aku mula belajar apa itu kamera dslr dan apa tu fotografi. Dan yang paling penting, bagaimana nak menjana wang dari kamera ni. Alhamdulillah, sekarang ni aku dah boleh la sikit-sikit amik gambar secara amateur. Terima kasih Rahmat Hamid, Dboy, Afdhal@D'Martoza dan Hafiz Shah. Mereka ni yang banyak mengajar aku tentang fotografi. Kini, bermulalah perjalanan hidup aku dalam bidang fotografi. Dan aku suka akan ia.